KETURUNAN RAJA JEMBAL | SIAPA RAJA JEMBAL


KETURUNAN RAJA JEMBAL | Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di  Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang. Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal  di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat. YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah salah seorang kerabat raja Jembal .


Mengikut satu dongeng sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan (tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah). Semasa berada di Jembal , baginda memelihara dua orang anak angkat - seorang lelaki yang dinamaï baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamaï baginda Puteri Mani Kemenyan. Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu.

Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan  Jembal, iaitu mulaï 1638.Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.

Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610 - 1667). Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709). Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) dan Raja Kuning (1635 - 1688). Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulaï merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk). Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah  Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani.

Kerajaan  Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera b (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.

TAGS: raja jembal,raja jembal,raja jembal blog,raja jembal kelantan,raja jembal wiki,raja jembal kedah,raja jembal keturunan rasulullah,keturunan raja jembal,sejarah raja jembal,asal usul raja jembal,sejarah keturunan raja jembal

{ 0 comments... Skip ke Kotak Komentar }

Tambahkan Komentar Anda

 
Yahoo Messenger
Send Me IM!
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Follow Me!
Facebook
Add My Facebook
Original Template By Belajar SEO Blogspot - Himajiesized By Dayz Hidayat