Jenis Lelaki Yang Bakal Ke Neraka


Seorang lelaki mempunyai tanggung jawab yang amat berat,baik terhadap dirinya,keluarganya,adik -beradiknya mahupun kedua orang tuanya.Tanggung jawab yang diberikan oleh Allah SWT kepada lelaki amat berat.Seorang lelaki perlu mempunyai ilmu agar dapat membimbing orang yang di sekelilingnya.Jika dia mengabaikan tanggung jawab,maka neraka akan menunggunya.Seseorang lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab dalam membimbing ahli keluaraganya (terutama perempuan) dia akan di tarik ke neraka. Lelaki yang bakal ke neraka ialah.......

 AYAH
  • Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

SUAMI

  • Apabila seorang suami tidak memperdulikan segala tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri ,pabila membiar isteri tidak menutup aurat,melalaikan solat......walaupun dia seorang alim , maka dia akan ditarik oleh isterinya.

ABANG

  • Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

ANAK LELAKI

  • Jika seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.
Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah ,suami ,abang atau anak harus melaksanakan tanggungjawab untuk membimbing ahli keluarga teruatama yang perempuan. 
SUMBER : (link)

{ 0 comments... Skip ke Kotak Komentar }

Tambahkan Komentar Anda

 
Yahoo Messenger
Send Me IM!
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Follow Me!
Facebook
Add My Facebook
Original Template By Belajar SEO Blogspot - Himajiesized By Dayz Hidayat