Darling - Nasreen Ngasri didenda RM15,000.00

Ini berita yang saya ambil sari MyMetro tentang Darling yang dikenakan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Darling bersama ibunya
Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Darling, 27, dan memerintahkan jika pelakon itu gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan. Darling didakwa atas pertuduhan alternatif menggunakan dokumen ‘Director’s Circular Resolution’ Syarikat Nasridz Sdn Bhd sebagai tulen sedangkan dia mengetahui ia palsu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Bhd, Level 1 Tower 2, RHB Centre, 426 Jalan Tun Razak Cheras di sini, pada 16 Ogos 2007. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Darling yang diwakili peguam bela A Kailesh dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya sudah menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan pengadu kes iaitu Mohamad Ridzuan Mat Hussin.

* Berita penuh di SINI

Permohonan masuk ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011

Salam semua. Entry ni tentang Permohonan masuk ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011 yang dibuka mulai 1 September 2010 dan tarikh tutup pada 15 Oktober 2010. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPM. Sila click link di bawah untuk permohonan masuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Click SINI

Amir mula ke sekolah

Hari ini saya agak teruja sedikit kerana hari ini merupakan hari pertama anak kesayangan kami, Amir akan melangkahkan kaki ke sekolah. Kalau ke sekolah ibunya dah banyak kali Amir ikut tapi hari ini memang betul-betul Amir akan ke sekolahnya. Mungkin ramai yang akan bertanya - mengapa lewat sangat baru nak masuk sekolah? 

Jawapannya : kami suami isteri tak rancang pun untuk hantar tahun ni, tapi cikgu di sekolah tu benarkan kalau Amir nak masuk akhir tahun. Kira ada masa untuk Amir nak sesuaikan dirilah. Masa mula-mula bersembang dengan cikgu tu, rasa ada benarnya juga. Mungkin ini peluang yang jarang kanak-kanak lain dapat. Amir pula dah dapat peluang keemasan ni, takkan nak lepaskan, kan?

Kebetulan pula tarikh hari ini 27/9/2010 genap sebulan  lagi untuk Amir sambut harijadinya yang ke-4. Ibu yang memang suka ingat tarikh2 penting ni apalagi..gembira sangatlah. Ini dia wajah keluarga saya pada hari raya pertama (2010). 

Ayah, Amir & ibu

Permohonan masuk ke MRSM dibuka 27 September 2010

Ini ada berita gembira untuk adik-adik yang ingin melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  bagi Tingkatan 4. Permohonan pengambilan sesi 2011 akan bermula pada 27/9/2010 (Isnin ini), menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Ibrahim Ahmad. Beliau berkata sebanyak 3,232 tempat disediakan di 43 MRSM seluruh negara.

Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN daripada semua pejabat Mara atau MRSM berdekatan dengan membawa salinan keputusan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dan salinan kad pengenalan yang disahkan serta angka giliran PMR.

Pemohon yang membawa keputusan percubaan PMR mestilah menunjukkan mereka memenuhi syarat iaitu lulus Matematik dan Sains. Bagaimanapun syarat kemasukan masih sama iaitu sekurang-kurangnya pemohon mendapat 6A 2B dan mendapat gred A dalam Matematik dan Sains,” katanya.

Tawaran kemasukan ke MRSM itu bagaimanapun tidak dibuka kepada pelajar yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI).

Tarikh tutup permohonan menerusi talian ialah pada 21 Oktober ini manakala bagi permohonan melalui borang dan dokumen berkaitan, tarikh tutup ialah pada 26 Oktober.

Pemohon turut dinasihati agar membuat permohonan lebih awal dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup bagi mengelak kesesakan talian. Untuk maklumat lanjut pemohon boleh layari laman web MARA.

** Sumber : Berita Harian Online

Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN

Entri ni saya tujukan khas untuk seseorang yang bertanyakan tentang entri saya PTPTN : pertukaran pinjaman 3% kepada pembiayaan Ujrah 1%. Saya harap entri ni dapat membantu dan boleh dijadikan maklumat tambahan untuk yang lain juga. 

Psstt..saya bukan pegawai PTPTN tau. Maklumat saya yang perolehi ni adalah  dari pemahaman saya setelah membaca Pekeliling  PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 tu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda dinasihatkan  untuk berhubung terus dengan pihak PTPTN sendiri. 

Apakah maksud ujrah?

Ujrah bermaksud upah. Kalau sebelum ni PTPTN mengenakan 3% hingga 5% kos pentadbiran, (sila rujuk penyata PTPTN anda, mesti ada tercatat kos pentadbiran PTPTN, kan) jadi pembiayaan ujrah (1%) telah menggantikan kaedah lama dan mula dikuatkuasakan sejak 1 Jun 2008 melalui Pekeliling  PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008.

Siapakah yang layak untuk pembiayaan ujrah?

1. Semua pelajar yang memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
2. Semua peminjam yang masih meneruskan pengajian.
3. Semua peminjam yang telah tamat pengajian atau pembiayaan telah dikeluarkan sepenuhnya kepada peminjam.

Cuba lihat jadual 1 di bawah. Anda boleh nampak perbandingan jumlah caj 3% dan ujrah 1% :

Formula pengiraan ujrah :

* Sila rujuk Pekeliling PTPTN Bil 2 Tahun 2008 untuk kes2 lain
Maklumat lain yang perlu anda tahu :

** Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan apa saja yang berkaitan PTPTN, anda boleh sertai e-forum PTPTN dan hantarkan soalan anda mengikut tajuk yang berkaitan. Click SINI untuk ke forum PTPTN. 

Di sini saya kongsikan entri-entri yang berkaitan Pembiayaan Ujrah  : 
1. Pertukaran Pinjaman 3 % Kepada Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN 

6. Apa Yang Peminjam Perlu Lakukan Pada Dokumen Pembiayaan Ujrah?

7. Contoh Cara Kiraan Ujrah 1% PTPTN
 
Pertukaran Pinjaman 3% Kepada Pembiayaan Ujrah 1% PTPTN

Awal minggu ini ramai juga yang terkejut bila dengar berita tentang pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji terutama peminjam PTPTN termasuk saya yang masih membayar pinjaman PTPTN. Pada saya tindakan PTPTN itu wajar dan lebih memudahkan proses pembayaran. Bagi peminjam yang membayar balik pinjaman secara konsisten, tentu tiada masalah kerana pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan. 

Hari ni saya buka laman web PTPTN untuk dapatkan maklumat terkini. Anda boleh terus click link di bawah untuk terus ke anjung PTPTN :

Di laman web tersebut ada satu pengumuman penting yang dibuat oleh pihak PTPTN tentang proses pertukaran pinjaman (3%) kepada pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Tapi..apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan ujrah? Pembiayaan ujrah adalah berkonsepkan syariah atau dikenali sebagai upah. 

Sila baca Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2008 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembiayaan ujrah ini. Anda boleh rujuk jadual kemaskini maklumat penawaran ujrah seperti di bawah.

Kalau anda menerima tajaan PTPTN pada tahun 2006, 2007 dan 2008, maka ada satu website yang perlu dikemaskini oleh peminjam bermula pada 20/9/2010. Sila rujuk gambar di bawah :

(click di sini)
Jangan lupa baca dulu maklumat di bahagian sebelah kiri sebelum mengisikan maklumat anda. Untuk melihat carta alir proses pertukaran kepada pembiayaan ujrah, sila lihat gambar berikut :

Oh ya! Jangan lupa semak adakah anda peminjam yang ingkar atau yang tergolong dalam senarai hitam imigresen dan dihalang ke luar negara. 

Panduan menjawab soalan Sejarah SPM Kertas 2 (Struktur dan Esei)

Sebagai salah seorang guru Sejarah, saya ingin kongsikan panduan menjawab soalan Sejarah SPM kertas 2 yang mengandungi soalan struktur dan esei. Panduan ini telahpun saya berikan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah dan saya harap ia membantu untuk calon-calon SPM yang lain. Sehingga tahun 2011, secara amnya kertas peperiksaan Sejarah terbahagi kepada 2 kertas.

1. Kertas 1 (1249/1)
Soalan Objektif 40 soalan
Masa menjawab 1 jam
Markah : 40 markah

2. Kertas 2 (1249/2) 
Bahagian A : Soalan Struktur 4 soalan (1 soalan 10 markah)

Bahagian B : Soalan Esei 5 soalan  - jawab 3 soalan sahaja (1 soalan 20 markah)
Masa menjawab 2 jam 30 minit
Markah : 100 markah

Panduan/Tip menjawab soalan struktur 

Soalan Bahagian A yang mengandungi 4 soalan (1 soalan 10 markah) dan wajib jawab semua soalan. 4 x 10 markah = 40 markah

* soalan 1 dan 2 biasanya dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

* soalan 3 dan 4 biasanya dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik) 

1. Pastikan soalan tersebut dari bab/topik mana.

2. Garis kata tugas (contoh : jelaskan, apakah, terangkan dll) dan kata kunci (keyword).

3. Sentiasa lihat markah bagi setiap soalan. Jawapan hendaklah sesuai dengan markah yang diperuntukkan.

4. Soalan (d) atau (e) biasanya soalan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif & kritis). Calon perlu menggunakan jawapan yang munasabah.

5. Tak perlu pengenalan. Jawapan ringkas & tepat.

Panduan/Tip menjawab soalan esei

Soalan Bahagian B yang mengandungi 5 soalan (1 soalan 20 markah) dan wajib jawab 3 soalan sahaja. 3 x 20 markah = 60 markah

* soalan 5 dan 6 biasanya dari mana-mana topik tingkatan 4 (ada 10 topik)

* soalan 7, 8 dan 9 biasanya dari mana-mana topik tingkatan 5 (ada 9 topik)

1. Gunakan 4 tip menjawab soalan struktur (rujuk bahagian atas)

2. Tulis jawapan/fakta penting pada kertas soalan (ruangan kosong ditepi soalan) supaya tiada isi yang tertinggal semasa menulis esei.

3. Teknik menjawab 1 soalan 1 helai kertas jawapan.

4. Tidak menggunakan kata singkatan, ayat SMS dll. Gunakan bahasa Melayu moden.

5. Tulisan hendaklah kemas, boleh dibaca & teratur.

6. Tulis butiran penting (contoh : No. K/P & angka giliran) di setiap ruangan yang disediakan.

Mulai tahun 2013, kertas peperiksaan mempunyai 3 kertas dan merupakan subjek yang wajib lulus SPM. Sila baca entri Format Baru Mata Pelajaran Sejarah SPM Mulai 2013.

** Anda boleh kongsikan panduan/tip di atas dengan kawan-kawan yang lain. Harapan saya agar anda dapat menjawab soalan Sejarah dengan penuh yakin dan mendapat keputusan cemerlang di dalam ujian, peperiksaan dan SPM :)

Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

Hari ini saya menerima satu berita gembira tentang keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) yang saya duduki tahun lepas.  KISSM berlangsung selama 2 minggu bermula 20 Jun 2009 - 6 Julai 2009 & pada hari terakhir kami semua menduduki Ujian Akhir Kursus (UAK). Alhamdulillah, saya lulus bagi kedua2 penilaian iaitu Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) dan Ujian Akhir Kursus (UAK).

Keputusan KISSM saya
Begitu juga dengan kawan2 semaktab dan kawan2 sekolah  yang sama dengan saya. Sebenarnya keputusan tak rasmi telahpun diberitahu secara lisan kepada salah seorang rakan maktab, jadi saya tidaklah terkejut ketika melihat keputusan secara online tengahari tadi. Untuk anda yang ingin menyemak keputusan KISSM (KPM), bolehlah click link di bawah :

Kembali ke sekolah

Hari ni saya bangun tidur dengan semangat untuk kembali bertugas mendidik anak2 bangsa. Selalunya saya akan bawa laptop ke sekolah (bukan untuk berFB) tapi mulai minggu ni saya takkan bawa 'beg tangan' kedua saya ni - nak meringankan beban.

Tiap2 pagi kena bawa beg Amir (untuk ke hantar ke rumah pengasuh), beg laptop & beg tangan yang hampir buruk tu berjasa tu. Tengoklah..dapat gaji nanti kena ganti yang baru. Terbayang budak2 sekolah yang mengusung beg sekolah yang berat dengan buku2 teks & buku latihan, kesiannya mereka. Takpelah..demi mendapatkan ilmu, apa saja sanggup dilakukan.

Oklah, saya nak bersiap2 ke sekolah ni. Untuk kawan2 guru yang baru memulakan sesi persekolahan baru hari ini, selamat kembali ke sekolah. Saya rindu dengan kawan2 guru yang lain & anak2 murid. Tak sabar nak jumpa mereka hari ni :)

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2010

Salam semua. Bagi anda yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), anda boleh melihat jadual waktu peperiksaan STAM yang akan bermula pada 18-27 Oktober 2010. Untuk calon STAM, ibu bapa dan guru, anda dinasihatkan untuk membaca keseluruhan maklumat yang ada di dalam fail ini. Anda boleh terus click link di bawah :

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010

Salam semua. Esok bermulalah sesi persekolahan setelah hampir 2 minggu bercuti sempena cuti sekolah dan cuti hari raya aidil fitri. Dalam minggu ini juga akan diadakan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 23 September 2010.

Untuk pelajar2 tingkatan 5 khasnya, di sini saya kongsikan jadual waktu peperiksaan SPM 2010 berserta garis panduan dan arahan peperiksaan yang diambil dari portal rasmi KPM. Calon SPM, ibu bapa & guru hendaklah membaca keseluruhan jadual waktu ini. Anda boleh terus click link di bawah :

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010

Kelas 5 Firdaus
Kelas 5 Ma'wa
Kelas 5 Naim
** Untuk anak2 murid cikgu Laili : semoga berjaya dalam peperiksaan percubaan & SPM sebenar. Jangan lupa subjek cikgu 28/9/10 nanti.

laili bogel - siapa yang cari?

Salam semua. Sebelum apa2, saya nak beritahu yang entry ni bukan entry lucah.  Entry ni sesuai untuk bacaan umum. Sebenarnya saya baru perasan 'sesuatu' semasa melihat blog ini sebentar tadi. Di bahagian e-referrer (di bahagian bawah sudut sebelah kiri), saya ternampak perkataan laili bogel - search seperti gambar di bawah :

Alamak! Siapa pulak yang nak cari maklumat tentang laili bogel ni? 35 carian tu. Isk..isk..Kalau anak2 murid saya baca entry ni, tentu mereka gelak besar. Hehe! Nak salahkan e-referrer 100% pun tak boleh sebab setiap kali anda sampai ke blog ini e-referrer akan 'detect'  dari sumber mana anda datang. Entahlah..rasanya blog saya ni langsung takde cerita tentang bogel pun. Nampaknya saya kena lebih berhati2 selepas ini.

** rasa malu sebab nama sendiri terlibat sama - laili bogel.  oh! tidak..!

Cahaya lampu jadi bentuk bintang

Dah lama tak kongsikan gambar2 yang saya ambil & dimuatnaik ke blog ini. Malam tadi cuba2 ambil gambar cahaya lampu jalan yang berada depan rumah saya. Tempat ambil gambar ni adalah dari tingkap bilik rumah atas. Nampaknya percubaan malam ni menjadi! Tengoklah 3 gambar di bawah ni, cahaya lampu jalan nampak seperti bintang :)

Yahoo Messenger
Send Me IM!
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Follow Me!
Facebook
Add My Facebook
Original Template By Belajar SEO Blogspot - Himajiesized By Dayz Hidayat